Tuesday, April 19, 2011

♥ kEiNdAhAn MaTeMaTiK ♥

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101% dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ
Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:

KERJA KERAS
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan: 

Knowledge
11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta:

SIKAP
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

ATTITUDE
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD
12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

I LOVE MATH :)

Read more...

Sunday, April 3, 2011

♥ FiKiR2Kn ♥

http://www.emocutez.com
Bila kita syg org tu.. Kita terima je apa yg org tu kata.. Tp bila kita kata dia? Hati kata, takpe manusia tak perfect....
Bila kita syg org tu.. Kita tnggu dia lame pn x pe.. Tp bila dia tnggu kita?? Dia mrh2.. Hati kata, ala, adatlah ada yang mnnunggu n dtnggu....
Bila kita syg org tu.. Kita x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bosan.. Tp bila kita bosan, ada dia layan kita? Hati kata, x pe dia busy kot.....
Bila kita syg org tu.. Kita gdo ngan dia, kita diam je.. Tp dia, heboh 1 dunia.. Hati kata, x pe, dia tension tu.....
Bila kita syg org tu.. Kita col nak ckp ngan dia.. Tp dia pulak xjawab fon.. Bila jd cm2, x pe.. Hati kata, x pe nak buat cam ne dh nasib...
Bila kita syg org tu.. Kita bercerita dgn dia,ibarat crita ngan tunggul lg baik.. Tp bila dia bercerita ngan kita.. Kita dgr, sepatah2 kite ingt.. Hati kata, x pe syg la katakn...
Bila kita syg org tu.. Kita sanggup bg dia rest bila dia letih.. Tp bila kita letih, dia srh jugak kita lyn dia bila dia bosan.. Adil ker? Hati kata, ala bukan selalu pun..
Bila kita syg org tu.. Kita jadi cam org gila bila dengar dia sakit.. Tp bila kita sakit, dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan hari kesakitan kita.. Hati kata, ala x pe, x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam....
Bila kita syg org tu.. Kita x prnh pntingkan diri sndri.. Tp dia hipokrit thp gaban.. Hati kata, x pe, dia mmg cm2 kene lah trima..
Bila kita syg org tu.. Kita syg nk tngglkn dia slama2nya.. Tp dia x tahu kita berdpn dgn maut.. Wlaupn kita skt,dia kata kat kita,sakit bese2 jer, jgn nk mngarut.. Hati kata, cmnelah dia bila kita x de, msti dia hepi..
Bila kita syg org tu.. Kita x snggp tgk dia derita.. Tp dia x prnh hargai diri kita.. Hati kata, tau x btapa kita syg kan dia??
Bila kita syg org tu.. Kita snggup tngglkn dia selama2nya untk dia bhgia.. 
Tp adakah dia tahu pngrbanan yg kita lakukan itu??
fikir2kan... http://www.emocutez.com

Read more...

Friday, April 1, 2011

♥ MenGaPa pErLu BaCa AL-QURAN, WaLauPuN xMeMaHaMiNyA ♥

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

i took this note from a friend :)

Read more...