Tuesday, February 11, 2014

♥ Cara daftar akaun Paypal ♥

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak jenguk blog ni..
Maaf ye blog, bukan lupa tapi tak ingat je.. hehe

Masih ramai orang yang blur2, tak tau camne nak buka akaun Paypal kan?
So, untuk 1st post tahun 2014 nih, saya nak kongsi ilmu le sikit.. :)

Paypal cukup terkenal di luar negara sebagai perantara untuk pindahkan atau terima duit..
Alaaa kira macam akaun bank gak le, ley transfer and bankin..
Bagi usahawan internet, Paypal antara akaun wajib kerana boleh terima duit dari dalam atau luar negara dengan mudah.
Nak daftar Paypal pun xsusah dan free je :)

Ikuti langkah-langkah yang berikut :-


Langkah 1:
Anda taip di browser anda >> www.paypal.com

Langkah 2:
Anda klik pada sign up.
paypal 1
Langkah 3:
Anda klik get started pada kotak akaun Individual. Jangan pilih akaun Business kerana anda perlu ada syarikat sendiri. 

Langkah 4:
Selepas itu anda akan di bawa ke halaman isi maklumat. Isi semua maklumat anda di sini dengan betul. 
paypal 3

Selepas anda siap isikan maklumat, anda klik pada “Agree and Create Account”
paypal 4
Langkah 5:
Selepas itu anda akan dibawa ke halaman seperti berikut. Jika anda tidak dibawa ke halaman seperti berikut, abaikan langkah ini. Pada halaman ini anda dikehendaki memasukkan kod keselamatan. Selepas siap isi, klik saja continue.
paypal 5
Langkah 6:
Selepas itu anda akan diberi pilihan samaada paypal anda ingin bekerjasama dengan RHB bank atau Kad debit/Kad kredit. Pada bahagian ini, saya sarankan anda memilih “Pay with debit/kredit card”
paypal 6

Langkah 7:
Pada bahagian ini, ia bergantung pada langkah 6. Jika anda memilih RHB, anda akan dibawa ke halaman yang lain. Jika anda memilih “pay with my credit/debit card” anda perlu mengisi maklumat kad anda untuk tujuan kad anda di linkkan dengan akaun paypal.
paypal 7
Selepas siap anda isi semua, klik continue. 

Langkah 8:
Paypal akan hantar link activation dekat email anda. Klik link yang diberi dan verify. Tahniah! Anda telah memiliki sebuah akaun paypal yang dapat menerima wang dari luar negara.



Read more...